COVID-19 : 34 pulih, 172 kes baharu

0

Ketua Pengarah Kesihatan, Dato’ Dr Noor Hisham Abdullah petang ini melaporkan kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 172 kes.

Daripada jumlah itu, lima kes daripada kes import yang mendapat jangkitan luar negara dan 167 kes membabitkan penularan tempatan.

Manakala daripada 167 kes, 159 kes adalah bukan warganegara Malaysia di mana 112 darinya dikesan di ketiga-tiga Depot Tahanan Imigresen (DTI).

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menasihatkan orang ramai agar tidak perlu bimbang kerana depot-depot Imigresen ini merupakan tempat yang terasing daripada masyarakat umum dan dikawal oleh pihak berkuasa.

Selain itu, jumlah kesembuhan hari ini seramai 34 orang dengan jumlah keseluruhan telah pulih dan discaj sebanyak 5,979 kes.

Dengan ini jumlah kes yang masih aktif dalam negara adalah 1,323 kes dengan lapan pesakit dirawat di ICU dan empat memerlukan bantuan alat pernafasan.

Sementara itu, jumlah kes kematian pula masih kekal dengan 115 kes.

Terkini #covid19malaysia, 25 MeiKes sembuh = 34Jumlah kes sembuh = 5,979Kes baharu positif = 172Jumlah positif =…

Dikirim oleh KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA pada Senin, 25 Mei 2020

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply