Saturday, May 25, 2024
HomeBERITAWarga dan kakitangan JKM seluruh negara menjalani saringan kesihatan COVID-19 secara berfasa

Warga dan kakitangan JKM seluruh negara menjalani saringan kesihatan COVID-19 secara berfasa

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menganjurkan Program Saringan COVID-19 kepada semua warga dan kakitangan yang berada di bawah institusi warga emas Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Menteri KPWKM, Dato’ Seri Rina Harun berkata dianggarkan 2,500 orang penghuni dan 958 kakitangan JKM merangkumi 17 buah institusi warga emas akan terlibat menjalani saringan kesihatan COVID-19.

Kira-kira 200 orang penghuni dan kakitangan institusi JKM Rumah Seri Kenangan Kemumin, Kelantan dan Rumah Ehsan Dungun, Terengganu telah memulakan proses saringan ini.

“Pendekatan ini diambil selaras saranan KKM bagi melindungi golongan risiko tinggi seperti warga emas.

“KPWKM amat prihatin dan memandang serius akan kesihatan warga emas yang berada di institusi-institusi jagaan warga emas yang dikesan berdepan risiko kematian tertinggi sekiranya dijangkiti wabak COVID-19.

“Sehubungan itu, saya menyarankan agar ujian pengesanan jangkitan ini dilakukan ke atas semua warga emas dan kakitangan di bawah institusi JKM,” kata Dato’ Seri Rina.

Dalam masa yang sama, beliau menyatakan program ini juga akan dilaksanakan secara berfasa di institusi kebajikan lain mengikut jadual yang telah ditetapkan.

KENYATAAN MEDIA MENTERI PEMBANGUNAN WANITA KELUARGA DAN MASYARAKAT : INSTITUSI KEBAJIKAN JKM JALANI PROGRAM SARINGAN COVID-19 : – 5 MEI 2020

Dikirim oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat pada Selasa, 05 Mei 2020

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments