Tuesday, June 11, 2024
HomeBERITAWanita UMNO buat laporan polis terhadap Tony Pua

Wanita UMNO buat laporan polis terhadap Tony Pua

Penerangan Wanita UMNO Malaysia telah membuat satu laporan polis terhadap bekas Ahli Parlimen Damansara, Tony Pua Kiam Wee semalam.

Menurut Dato’ Rosni Zahari, ia adalah berkenaan beberapa hantaran Tony Pua di Facebook yang mengkritik keputusan Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan, yang melibatkan mantan Perdana Menteri Dato’ Seri Mohd Najib Razak.

Laporan Polis telah dibuat di Balai Polis Maran, Pahang pada 5 Febuari 2024. (Kandungan laporan polis di lampiran).

“Katanya, tindakan Tony Pua dianggap sebagai biadap, melanggar undang-undang, adab, dan tatasusila, serta telah menyentuh isu 3R (Race, Royalty, Religion).

“Oleh itu, kami mendesak agar tindakan undang-undang yang keras diambil terhadap Tony Pua, mengikut peruntukan undang-undang negara yang sedia ada,” katanya.

Katanya dalam tempoh duka dan sedih ini, Wanita UMNO Malaysia menyeru semua ahli UMNO agar bersama-sama merapatkan saf, berdoa dan terus menyokong usaha pucuk pimpinan parti.

Ia bagi mendapatkan pembelaan terhadap bekas Presiden parti sesuai dengan laras undang-undang negara di samping berpegang kepada keputusan Perhimpunan Agung UMNO yang mahukan usaha pembelaan Dato’ Seri Najib diteruskan.

Berikut adalah lampiran Kandungan Laporan Polis berkenaan.

Saya Dato’ Hajjah Rosni Binti Haji Zahari, sebagai Ketua Wanita UMNO Bahagian Maran, pada 3 Febuari 2024, jam 5 petang, bertempat di No. 26 Tingkat 1 Bangunan UMNO Pekan Tajau, Maran, telah membaca hantaran Tony Pua Kiam Wee (Tony Pua) bekas Ahli Parlimen Damansara di dalam media sosial beliau yang berbunyi:

“Can someone send me to jail for 1 year and in exchange, pay me RM50mil? Pretty please?”

Hantaran ini telah mempertikaikan keputusan pengampunan yang diputuskan oleh Lembaga Pengampunan Wilayah-wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya yang telah mengurangkan hukuman penjara daripada 12 tahun kepada 6 tahun dan denda dikurangkan dari RM120 juta kepada RM50 juta.

Tony Pua telah membuat hantaran dalam Facebooknya mendedahkan rasa tidak puashati kepada keputusan Lembaga melalui hantaran tersebut.

Kenyataan ayat seperti ini adalah menggambarkan rasa tidak puas hati dan tidak bersetuju dengan keputusan yang dibuat oleh Lembaga Pengampunan yang dibuat pada 29 Januari 2024 yang di pengerusikan oleh Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang ketika itu masih Yang di Pertuan Agong ke-16.

Perkara 42(1) Perlembagaan Persekutuan menetapkan bahawa Yang di Pertuan Agong berkuasa untuk membuat sebarang keputusan dan keputusan tersebut adalah mutlak dan tidak boleh dipersoalkan di mahkamah.

Tony Pua telah melakukan pelanggaran undang- undang, adab, tatasusila dan menyentuh isu 3R.

Kami mendesak agar tindakan segera di ambil ke atas Tony Pua di bawah peruntukan undang-undang negara yang sedia ada.

Sekian laporan saya.

–THE MALAYA POST

*Subscribe Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments