Selaras operasi bank yang beroperasi seperti biasa, kerajaan hari ini juga memutuskan untuk membenarkan operasi Mesin Juruwang Automatik (ATM) mengikut waktu operasi sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan.
Oleh itu, operasi ATM yang sebelum ini dihadkan dari jam 8.00 pagi hingga 8.00 malam ditarik balik dan dibenarkan beroperasi seperti biasa.
Menteri Kanan Keselamatan, Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob berkata peraturan ini akan bermula esok iaitu 1 Jun 2020 bagi memudahkan orang ramai menyelesaikan urusan perbankan.
12. Waktu Operasi Mesin ATM
– Operasi mesin juruwang automatik (ATM) yg sebelum ini dihadkan dari pukul 8 pagi hingga 8 malam, akan beroperasi seperti biasa sebelum PKP dikuatkuasakan
– Peraturan ini akan berkuatkuasa esok, 1 Jun 2020 bagi memudahkan urusan perbankan org ramai
— MINDEF Malaysia (@MINDEFMalaysia) May 31, 2020
*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

Leave a Reply