Sunday, June 16, 2024
HomeBERITAMySejahtera Check-In diperkenal bagi kawal kemasukan pelawat

MySejahtera Check-In diperkenal bagi kawal kemasukan pelawat

Sehingga 29 Mei 2020, aplikasi MySejahtera telah menerima kira-kira lebih 700 ribu pendaftaran dan 929,276.00 penilaian kesihatan.

Aplikasi MySejahtera akan memperkenalkan MySejahtera Check-In yang merupakan aplikasi pendaftaran dan pengawalan kemasukan pelawat secara berstruktur dan seragam ke premis-premis perniagaan termasuk kilang, tapak pembinaan dan pejabat.

Ini juga berfungsi membantu kerajaan di dalam pengurusan dan pengawalan jangkitan wabak COVID-19 sewaktu pengoperasian semula ekonomi negara.

Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob dalam sidang media hari ini berkata MySejahtera Check-In akan boleh digunakan mulai 2 Jun 2020 di tiga outlet AEON.

Justeru itu, beliau menyeru orang ramai memuat turun aplikasi MySejahtera dalam membantu usaha kerajaan untuk memutuskan rantaian jangkitan COVID-19.

Beliau menambah, aplikasi ini boleh dimuat turun dari Galeri Aplikasi Mudah Alih Kerajaan Malaysia (GAMMA), Apple App Store, Google Play Store dan Huawei AppGallery.

Sidang Media (Non-Health) oleh Menteri Kanan (Keselamatan), YB Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob.

Sidang Media (Non-Health) oleh Menteri Kanan (Keselamatan), YB Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob. (31 Mei 2020)

Dikirim oleh RTM – Radio Televisyen Malaysia pada Sabtu, 30 Mei 2020

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments