Saturday, June 22, 2024
HomeBERITAWaktu operasi mesin ATM bermula jam 8 pagi hingga 8 malam sahaja

Waktu operasi mesin ATM bermula jam 8 pagi hingga 8 malam sahaja

Menteri Kanan Keselamatan, Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob menyatakan kerajaan memutuskan operasi Mesin Juruwang Automatik atau ‘Auto Teller Machine’ (ATM) dihadkan bermula jam 8.00 pagi sehingga 8.00 malam sahaja.

“Jadi tiada lagi alasan untuk keluar di tengah malam dan sebagainya untuk mengeluarkan wang dan berkunjung ke mesin ATM”, ujar beliau.

Mengulas lanjut, beliau berkata mengikut pemeriksaan teliti oleh pihak polis ketika melakukan sekatan jalan raya, orang ramai beralasan ingin mengeluarkan wang melalui mesin ATM.

“Oleh kerana mesin ATM beroperasi 24 jam, ada di antara masyarakat yang keluar pada waktu tengah malam dengan alasan mengeluarkan wang kerana ’emergency’,” katanya.

Kini lebih sebulan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan dan dipantau oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan kerjasan beberapa agensi lain antaranya Angkatan Tentera Malaysia (ATM), RELA, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan beberapa yang lain.

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments