Friday, July 19, 2024
HomeBERITAHari kelima PKP, PDRM laksana 820 sekatan jalan raya di seluruh negara

Hari kelima PKP, PDRM laksana 820 sekatan jalan raya di seluruh negara

Hari kelima Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa ketiga dilaksanakan, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah melakukan 820 sekatan jalan raya melibatkan 451,478 kenderaan di seluruh negara.

Sebanyak 51,706 pemeriksaan mengejut telah dilakukan di seluruh negara dan kira-kira 5,861 premis telah diperiksa oleh pihak berkuasa.

Pihak PDRM juga telah menahan seramai 1,111 individu kerana ingkar PKP yang telah dijalankan.

Daripada 1,111 individu yang ditangkap, 997 individu telah pun direman dan 114 individu diberi jaminan polis.

Dengan ini, jumlah tangkapan kumulatif ingkar PKP sehingga semalam (18 April 2020) adalah seramai 14,750 individu.

Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob dalam sidang media harian COVID-19 (Non Health) menegaskan, pihak kerajaan akan mewujudkan penjara khas untuk tahanan ingkar PKP dan sehingga hari ini, pihak kerajaan melalui Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah mewartakan 11 penjara sementara untuk tahanan ingkar PKP.

Penjara tahanan ini akan mula beroperasi bermula 23 April dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan membantu menyediakan petugas kesihatan.

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments