Friday, May 24, 2024
HomeBERITAViral Raja Permaisuri Agong memilih iPhone terbaru

Viral Raja Permaisuri Agong memilih iPhone terbaru

Kepada peminat telefon pintar popular, Apple sudah tentu tidak ketinggalan untuk memiliki koleksi iPhone terbaru yang mempunyai ciri-ciri yang lebih canggih.

Model terbaru yang dilancarkan oleh Apple Inc dan mula menjadi fenomena mempunyai tiga koleksi serta memiliki ciri keistimewaan yang berbeza antaranya, iPhone 11, iPhone 11 Pro dan iPhone 11 Pro Max.

Telefon pintar keluaran terbaru dari Apple itu telah menjadi kegilaan ramai dan sudah pasti ada beberapa individu yang menjadi antara orang terawal memilikinya.

Baru-baru ini dikhabarkan, pelakon popular Bollywood, Datuk Shah Rukh Khan antara yang terawal memiliki iPhone 11 Pro Max dan turut berkongsi keterujaannya di laman Instagram.

Antara yang tidak ketinggalan untuk memiliki koleksi terbaru iPhone yang baru dilancarkan 10 September lalu yang kini tular di laman media sosial ialah Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah yang dilihat singgah ke outlet menjual produk pintar Apple terbesar di Malaysia, Machines yang bertempat di Suria KLCC.

Melalui perkongsian warganet, Tunku Azizah dilihat sedang meneliti dan memilih beberapa jenis iPhone 11 yang mungkin akan dijadikan sebagai gajetnya yang terbaru.

Orang ramai yang berada di sekitar kedai berkenaan turut tidak melepaskan peluang untuk merakam detik kemunculan Raja Permaisuri Agong pada ketika itu.

Ada juga beberapa individu mengambil peluang untuk berswafoto bersama baginda.

Video dan gambar kemunculan Raja Permaisuri Agong di outlet Machine telah tular di laman Twitter yang telah di muat naik oleh warganet.

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments