Friday, July 19, 2024
HomeBERITAKonklusi mudah Maya Karin mengenai penguasaan Bahasa Inggeris pelajar di Terengganu undang...

Konklusi mudah Maya Karin mengenai penguasaan Bahasa Inggeris pelajar di Terengganu undang kecaman netizen

Perkongsian status di laman Twitter milik pelakon Maya Karin yang dilihat seolah-olah memperkecilkan kebolehan berbahasa Inggeris para pelajar di Terengganu dan memalukan kanak-kanak terbabit mencetus kemarahan ramai.

Status yang berbunyi “I asked a little girl yesterday at my library talk in Terengganu. “How old are you?” *senyap. “How old are you?” *senyap again. So I changed it to “Adik umur berapa tahun?” Terus jawab “10tahun” Think about it. “@fromKMR @niknazmi @maszlee.

Warganet kemudiannya mula menyerang Maya Karin di ruangan komen akaun Twitternya.

Tambahan pula dengan tindakannya yang memetik dan ‘tagged’ beberapa nama ahli politik yang dilihat tidak membantu dan memberi apa-apa kesan dari tujuannya itu menghangatkan lagi kemarahan orang ramai.

Para pengguna laman sesawang meluahkan ketidakpuasan hati mereka di atas perkongsian Maya Karin yang dilihat tidak telus dan membuat konklusi mudah kerana hanya beberapa ketika berada di negeri Pantai Timur berkenaan.

Rata-rata netizen memberi komen yang keras dan tidak bersetuju dengan interpretasi mudah dan tindakan pelakon terbabit yang mungkin belum faham cara dan budaya kehidupan masyarakat di Terengganu yang berbeza dengan gaya hidup masyarakat di pantai barat.

Ada juga yang meminta Maya Karin mencari dan membaca info tepat tentang pencapaian dan kejayaan para pelajar negeri Terengganu yang beberapa kali mengungguli keputusan UPSR, SPM dan STPM di peringkat Malaysia dan Kebangsaan.

Muat naik status berkenaan juga telah di kongsi orang ramai ke platform media sosial Facebook dan Instagram dan mulai viral pada petang semalam (5 Oktober).

Terdahulu, Maya Karin ke Terengganu untuk menghadiri program bicara bersama para pelajar, berkongsi soal pengalaman dan budaya membaca di perkarangan perpustakaan Universiti  Malaysia Terengganu (UMT).

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments