Saturday, June 15, 2024
HomeBERITAVideo Muzik Adlina Marie kini cecah dua juta views

Video Muzik Adlina Marie kini cecah dua juta views

Lagu nyanyian Haqiem Rusli berjudul ‘Adlina Marie’ kini mencecah 2 juta tontonan di saluran Youtube setelah hampir 10 minggu dilancarkan.

Video muzik ciptaan dan lirik oleh Haqiem Rusli bersama Sirkhan DanialIbnu dan Rinkarnaen berentak pop rock ini mula dilancarkan pada 21 Ogos lalu dan pada 4 September single pula menyusul.

Lagu berdurasi 4 minit 13 saat ini ditujukan khas untuk seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun bernama Adlina Marie yang tular menerusi laman Twitter milik Anne Mokhtar.

Kisahnya Adlina Marie kehilangan bapa setelah terlibat dalam kemalangan jalan raya pada tahun 2017.

Menurut Anne Mokhtar, bapa kanak-kanak terbabit merupakan abangnya yang meninggal dunia ketika  Adlina Marie berusia dua tahun.

Tahniah buat Haqiem Rusli dan team kerana lagu Adlina Marie berjaya mendapat perhatian ramai.

Memang kena pegang tisu bila mendengar dan menonton video klip lagu ‘Adlina Marie’ ini…😢

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments