Saturday, May 25, 2024
HomeBERITACOVID-19 : 1,054 kes baharu, 12 kematian direkodkan hari ini

COVID-19 : 1,054 kes baharu, 12 kematian direkodkan hari ini

Sebanyak 1,054 kes baharu positif COVID-19 direkodkan hari ini membabitkan 1,040 kes tempatan dan 14 kes import.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes positif dalam negara adalah sebanyak 34,393 kes.

Jumlah pesakit discaj pula seramai 875 orang, menjadikan jumlah kes pesakit yang telah sembuh ialah 23,995 kes.

Pesakit yang masih dirawat iaitu Kes Aktif pula seramai 10,135 orang manakala 94 pesakit berada di ICU dan 32 daripadanya dilaporkan memerlukan bantuan alat pernafasan.

Dilaporkan dua belas kematian baharu dicatatkan pada hari ini dan menjadikan jumlah kes kematian meningkat kepada 263 kes.

Takziah buat ahli keluarga mangsa.

Orang ramai dinasihatkan agar sentiasa menjaga penjarakan sosial dan mengelak dari bersentuhan antara satu sama lain.

Begitu juga penjagaan kebersihan diri. Ini adalah usaha untuk mengekang seterusnya memutuskan rantaian Covid 19.

#StayAtHome
#BreaktheChain
#KitaMestiMenang

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

 

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments