Tuesday, June 18, 2024
HomeBERITAUtamakan keselamatan ketika di dapur

Utamakan keselamatan ketika di dapur

Malang tidak berbau.

Dalam kita sibuk memasak dan menyediakan hidangan makanan, aspek keselamatan di dapur tidak boleh diabaikan.

Perhatian harus diberi terutamanya kepada anak-anak yang masih kecil.

Menerusi perkongsian di laman media sosial Facebook, tular rakaman video beberapa anggota bomba sedang berusaha menyelamatkan seorang kanak-kanak yang terselit di celahan tong gas memasak.

Usaha untuk mengeluarkan kanak-kanak terbabit tidak berhasil sehingga ibu bapa terpaksa meminta bantuan yang lebih pakar.

Selain dari bahaya kerana kandungan tong gas yang berisiko tinggi boleh meletup tambahan ianya berdekatan dengan api dapur memasak.

Semoga usaha membebaskan anak kecil ini berjaya tanpa sebarang kecederaan.

Dengan bermacam perkara yang boleh berlaku, ibu bapa dinasihatkan agar memantau aktiviti anak-anak sama ada di dalam mahupun di luar rumah.

– THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

https://www.facebook.com/groups/matjhn.official/permalink/1007839199673953/

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments