Siapa sangka pelakon kecil molek Erynne Erynna kini bakal bergelar seorang ibu tidak lama lagi.
Perkongsian terbaru ketika berkongsi gambar menyambut hari raya di laman sosial Instagram miliknya memaparkan Erynne tampil manis berbusana berwarna pastel.

” Selamat Hari Raya Maaf Zahir Dan Batin Dari Kami dan Keluarga Tercinta ❤️ Alhamdulillah syukur dapat beraya lagi tahun ni and this time plus with our lil bundle of joy in my tummy hehe.. so hows your raya so far guys? P/s love my baju kurung kedah from @houseofolsha #eid2020 #raya2020 #eidmubarak #2020 #7monthspregnant” tulisnya.
Rata-rata peminat meluahkan rasa terkejut dan juga terpegun dengan perkembangan terkini pelakon drama popular The Gadis ditambah pula dengan seri wajah ibu mengandung atau ‘pregnancy glow’.

Tidak hanya itu, turut jelas kelihatan juga ‘baby bump’ dan pelakon terbabit menyatakan usia kandungannya kini telah mencecah tujuh bulan.
Tahniah dan semoga dipermudahkan urusan melahirkan anak kelak!
* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.
htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply