Wednesday, June 19, 2024
HomeLAPORAN KHASINSPIRASIUstaz Ebit Liew terus hulur sumbangan kepada pekerja kesihatan

Ustaz Ebit Liew terus hulur sumbangan kepada pekerja kesihatan

Jika semalam kami kongsikan kisah Ustaz Ebit Lew mendermakan penghawa dingin buat para petugas hospital yang bertungkus lumus menjaga kesihatan orang awam, hari ini sekali lagi kami kongsikan keprihatinan Ustaz kesayangan ramai ini.

Setelah menyelesaikan penghantaran penghawa dingin, beliau bergegas ke premis makanan segera KFC untuk pekerja di Hospital Sungai Buloh.

“Pergi beli kfc belanja staff Hospital Sg Buloh. Sayang mereka sangat. Mendengar ramai kawan-kawan juga sedang kuarantin diri melalui saringan di sini. Doa dari jauh jer. Ya Allah. Sayu je tengok yang jaga kaunter di kecemasan dan yang bertugas di saringan Covid-19” tulis beliau.

Tidak hanya itu, Ustaz Ebit juga berusaha untuk mendapatkan topeng muka dan akhirnya beliau dapat membeli 10 ribu topeng muka dari beberapa penjual meskipun harga lebih mahal dari biasa.

Namun beliau meluahkan rasa syukur kerana dapat menghadiahkan topeng muka kepada individu yang pernah bertanya kepadanya sebelum ini.

“Duit waktu ni boleh menjadi saham akhirat. Ya Allah terimalah semuanya jadi asbab kebaikan dan hidayah. Dan sihatkan semua kawan-kawan saya di semua hospital dan bantulah kami semua ya Allah” tulisnya.

Tambahnya, beliau menggunakan khidmat bungkusit untuk mengedarkan topeng muka pada beberapa tempat malah beliau turut menghadiahkan topeng muka kepada pekerja bungkusit.

Beliau turut meminta orang ramai mendoakan kemudahan buatnya menyediakan khemah tertutup, belikan kelengkapan, penghawa dingin untuk hospital-hospital serta topeng muka untuk petugas barisan hadapan.

– THE MALAYA POST

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments