Sunday, June 23, 2024
HomeBERITAMasyarakat disaran guna servis penghantaran makanan terus ke rumah - KKM

Masyarakat disaran guna servis penghantaran makanan terus ke rumah – KKM

Dalam tempoh menjalani Perintah Kawalan Pergerakan selama 14 hari ini, kementerian berwajib telah memutuskan perkhidmatan yang dibenarkan beroperasi untuk menghantar makanan hanya Food Panda dan Grab Food.

Menurut satu kenyatan dimuatnaik Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan Malaysia, masyarakat digalakkan menggunakan servis penghantaran makanan terus ke rumah.

Ia bagi menghadkan pergerakan tidak keluar dari rumah bertujuan membendung jangkitan COVID-19.

Oleh yang demikian, demi memastikan kebersihan dan makanan dihantar dengan selamat, kerajaan tubuhkan empat panduan atau prosedur kepada penghantar makanan atau “bikers” untuk dititikberatkan.

Panduan Penghantaran Makanan Semasa COVID-19.Sudah semestinya Perintah Kawalan Pergerakan yang dikeluarkan oleh…

Dikirim oleh Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan Malaysia pada Jumat, 20 Maret 2020

1) Keperluan kenderaan penghantaran makanan

✔️ Kenderaan dalam keadaan bersih, sempurna dan berfungsi dengan baik

✔️ Membawa bahan makanan sahaja

✔ Pastikan makanan dihantar segera atau terus kepada pengguna

️✔️ Penggunaan Beg Termal adalah digalakkan bagi mengekalkan suhu makanan

2) Panduan membersih Beg Termal

✔️ Cuci tangan sebelum membersih beg

✔️ Gunakan kain bersih

✔️ Semburkan cecair sanitasi keatas kain bersih

✔️ Mulakan mengelap beg dari permukaan dalam dan seterusnya ke permukaan luar

✔️ Langkah ini perlu dibuat setiap kali sebelum penghantaran dibuat

3) Keperluan semasa penghantaran makanan

✔ Pastikan Beg Termal bersih

✔️ Pastikan bungkusan makanan tidak terbuka atau bocor

✔️ Pastikan masa makanan disediakan dinyatakan pada bungkusan

✔ Barang peribadi tidak diletakkan bersama makanan

✔️ Pastikan penutup Beg Termal ditutup rapi

4) Semasa penyerahan makanan

✔️ Memakai penutup mulut dan hidung semasa penyerahan

✔️ Elakkan bersentuhan semasa penyerahan makanan

✔️ Kekalkan jarak satu meter dari pelanggan

✔️ Kerap mencuci tangan dan gunakan sanitizer sebelum dan selepas menyerahkan makanan

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments