Usahawan luar bandar mampu bangunkan kawasan luar bandar

0

Aktiviti keusahawanan luar bandar mampu membantu membangunkan kawasan luar bandar dan meningkatkan kualiti kehidupan warganya.

Selain itu, menurut Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid, KPLB turut memberi penekanan terhadap kepentingan untuk meningkatkan penggunaan internet dan teknologi digital.

Ia bagi memastikan kelestarian dan ketahanan usahawan luar bandar dalam era pemulihan pasca Covid-19.

“Aktiviti keusahawanan luar bandar mampu meningkatkan kualiti kehidupan bagi invidividu, keluarga dan komuniti di luar bandar,” katanya ketika berucap ketika merasmikan Forum Pemerkasaan Perusahaan Luar Bandar Mikro, Kecil dan Sederhana Peringkat ASEAN.

Program anjuran kementerian tersebut melalui Institut Kemajuan Desa itu telah disertai kira-kira 100 peserta terdiri daripada pegawai kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan dan usahawan luar bandar dari negara-negara ASEAN dan ASEAN Campur Tiga seperti Singapura, Thailand, Kemboja, Filipina, Jepun, Republik Rakyat China dan Malaysia.–THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply