Wednesday, May 22, 2024
HomeBERITAUndur diri dari rancangan Meletop, Neelofa bakal mengacara program bual bicara baru

Undur diri dari rancangan Meletop, Neelofa bakal mengacara program bual bicara baru

Setelah lapan tahun bersama program bual bicara hiburan Meletop, pelakon dan pengacara Noor Neelofa mengumumkan pengundurannya sebagai pengacara rancangan berkenaan.

Neelofa memilih untuk mengumumkan secara ‘live’ ketika sedang bersiaran bersama hos gandingan, Nabil Ahmad.

Menurut Neelofa, keputusannya ini bukanlah kerana kontrak telah ditamatkan tetapi ianya adalah keputusan yang dibuat olehnya sendiri.

Dalam pada itu, pengasas Naelofar Hijab ini berkata, dia tidak mahu terus menerus berada di zon selesa.

Tambahnya lagi, dia akan menggalas satu cabaran baru buat dirinya dengan mengacarakan satu program terbaru, program bual bicara yang akan membincangkan mengenai fesyen, kerjaya dan pelbagai informasi yang menarik.

Neelofa menambah, keputusan ini bukan mudah buat dirinya, namun setelah berbincang dan mengambil kira peluang yang mendatang, maka inilah keputusan yang harus dibuat.

Ketika bertanya kepada rakan gandingannya Nabil Ahmad, Nabil mengakui agak terkesan dengan pengunduran Neelofa setelah mereka sudah bergandingan kira-kira hampir lapan musim.

Pihak Astro dan Meletop telah memuatnaik hashtag #TanyaLofa dan #ThankYouLofa yang akan diguna pakai selama sebulan bertujuan menghargai dan meraikan Neelofa setelah lapan tahun bersama rancangan terbabit.

Warganet juga boleh mengirimkan apa sahaja entri di laman sosial untuk disampaikan kepada pengacara berkenaan dengan menggunakan hashtag berkenaan.

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments