Saturday, November 21, 2026
HomeBERITAUMNO akan mohon pengampunan penuh untuk Najib Razak

UMNO akan mohon pengampunan penuh untuk Najib Razak

KUALA LUMPUR, 10 Jan – UMNO menegaskan komitmennya untuk terus memohon ihsan dan perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong bagi memberikan pengampunan penuh kepada Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak.

Permohonan tersebut dibuat selaras dengan kuasa prerogatif di bawah Perkara 42 (1) dan (2) Perlembagaan Persekutuan.

Kenyataan ini dibuat selepas Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang berlangsung pada hari ini, di mana beberapa isu utama telah diperincikan.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata UMNO merakamkan rasa syukur atas keputusan Mahkamah Rayuan yang membenarkan permohonan Dato’ Sri Mohd Najib untuk memulakan prosiding semakan kehakiman bagi mengesahkan kewujudan Titah Adendum.

Parti itu percaya bahawa Mahkamah Tinggi akan bertindak secara bebas dan adil dalam menilai keabsahan Titah Adendum tersebut.

Dalam kenyataan yang sama, para Menteri UMNO turut menyatakan kesediaan mereka untuk bekerjasama sepenuhnya dengan Mahkamah Tinggi sekiranya diperlukan bagi memberikan keterangan dalam prosiding berkenaan.

UMNO juga mengulangi pendiriannya sebagai satu-satunya parti yang termaktub dalam Perlembagaannya untuk mempertahankan Institusi Raja-Raja Melayu.

Parti itu akan terus memberikan keutamaan dan penghormatan tertinggi kepada Kebawah DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dalam setiap tindakannya.

Mesyuarat MKT yang berlangsung dengan suasana harmoni dan penuh semangat solidariti itu turut menegaskan iltizam UMNO untuk terus memperjuangkan kestabilan politik serta keharmonian negara.–THE MALAYA POST

*Subscribe Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments