Saturday, June 22, 2024
HomeBERITAUmmi Hafilda kongsi keterujaan ‘comeback’ abang mengacara rancangan televisyen, percaya nama Azwan...

Ummi Hafilda kongsi keterujaan ‘comeback’ abang mengacara rancangan televisyen, percaya nama Azwan Ali akan naik ‘meroket’

Dalam kerancakan ramai berbicara soal kemunculan semula Azwan Ali mengacara rancangan hiburan  ‘Lagu Cinta Kita’ yang bersiaran di TV3, Ummi Hafilda Ali yang juga adik kepada pengacara tersohor negara ini turut berkongsi keterujaannya melihat abangnya beraksi di kaca televisyen.

Melalui perkongsian di laman media sosial Facebook miliknya, Ummi menyatakan Azwan yang dipangil ‘Wan’ masih berbisa dan sukar digugat kebolehannya sebagai pengacara.

Ummi juga memuji penampilan abangnya dan percaya nama Azwan akan kembali naik ‘meroket’.

Perkongsian Ummi Hafilda yang menerima lebih 600 komen positif oleh para pengikutnya yang rata-rata memuji kehebatan dan aura Azwan yang masih berbisa mengendalikan rancangan hiburan televisyen.

Malah di ruangan komentar Ummi, salah seorang ‘hair stylist’ yang pernah bekerja bersama Azwan turun meninggalkan komen, “Hi Ummi  Hafilda Ali , saya mula jadi stylist Azwan Ali  pada masa dia start pergi temuduga TV 3 , program Simpan lah ( 1st talk show). Dia diapat program itu , dia telefon saya dan kata dia dah berjaya dapat as the MC of that show. I still remember ????.  Congrats to his new transformation , Tahniah????????. Your family is such great family. ????Love you,” kongsinya.

Nampaknya, ‘comeback’ Azwan berjaya menambat hati warga Malaysia sehingga rancangan berkenaan trending pada kedudukan teratas di platform Twitter semalam.

Untuk rekod, Azwan Ali bergandingan bersama Elly Mazlein sebagai host rancangan ‘Lagu Cinta Kita’ Musim Kedua yang mula bersiaran 8 November di TV3.

Semoga Azwan Ali terus berjaya!????????????????????????

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments