Nama Azwan Ali memang tidak perlu diperkenalkan lagi.
Figura yang mencipta nama sebagai pengacara ini pernah menjadi fenomena sekitar tahun 90-an kerana auranya yang tersendiri selain dari memiliki wajah dan penampilan yang sedap mata memandang.
Antara rancangan yang pernah dikendalikan, Muzik-Muzik dan Juara Lagu selain bertindak sebagai penerbit program ‘Sambal’ di saluran televisyen TV3.
Namun, beberapa tahun kebelakangan ini, namanya seakan tenggelam dek kebanjiran pengacara muda selain terpalit dengan kisah kontroversi peribadi.
Terkini, Azwan Ali atau nama sebenarnya Mohamed Azwan Haji Ali, 54 tahun membuat ‘come back’ dan muncul sebagai pengacara sebuah program secara langsung, ‘Lagu Cinta Kita’ Musim Kedua yang menjadi trending nombor satu di platform media sosial Twitter semalam.
Ibarat sireh pulang ke gagang, Azwan yang digelar Diva AA bergandingan dengan penyanyi, pelakon dan pengacara Elly Mazlein untuk rancangan yang telah memasuki musim kedua bersiaran di TV3.
Namun, apa yang menjadi perhatian ialah gaya dan penampilan terbaharu Azwan yang nyata mendapat pujian ramai.
Ketika bersiaran, Azwan menyarungkan sut lengkap dengan gaya dandanan rambut lelaki, tampak kemas dan berkarisma.
Nyata perubahan imej lelaki lulusan Universiti Malaya dan Universiti Teknologi MARA (UITM) Dungun ini mendapat pujian dan reaksi positif warga siber yang menonton program terbabit.
Tampil berbeza dengan penampilannya sebelum ini yang selesa berselendang dileher dan penutup rambut ketika muncul di mana-mana acara.
Sementara itu, melihat komentar di laman media sosial Instagram, rata-rata warganet memuji imej Diva AA yang sangat berbeza berbanding sebelum ini.
Jelaslah, biarpun sudah sekian lama tidak muncul di kaca televisyen, aura pengacaraan Diva AA masih lagi teguh dan berbisa.
Pasti terubat rindu peminat kan! Selamat kembali Abg Wan! Semoga terus berjaya ya…????????
* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.
htpps://m.youtube.com/c/themalayapost
Leave a Reply