Thursday, June 20, 2024
HomeBERITAUcapan PM di”remix”kan oleh netizen kreatif

Ucapan PM di”remix”kan oleh netizen kreatif

Dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan, muncul 1001 jenis perangai ‘gila -gila’ rakyat yang mungkin kebosanan di rumah.

Malah dek kerana punyai banyak waktu terluang, timbul pula idea kreatif masing-masing!

Telatah bersahaja yang menghiburkan dan mencuit hati seringkali dikongsi di laman media sosial.

Terkini, viral di laman Facebook apabila warganet mempertontonkan seorang lelaki menari.

Apa yang menjadi perhatian ialah lirik lagu itu dipetik daripada ucapan Perdana Menteri kita, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Ianya telah diolah menjadi sebuah petikan lagu yang di’remix’kan dan sangat ‘catchy’!

Perkongsian itu turut mendapat perhatian Perdana Menteri ketika mengumumkan bantuan tambahan rakyat kelmarin.

Memetik kata-kata beliau ;

“…Ada juga yang mengubah ucapan saya menjadi lagu. Saya harap ini bukanlah kejadian pelik, atau buang tabiat kata orang. Ini adalah sebahagian daripada kreativiti anda semua untuk menghilangkan rasa bosan duduk di rumah…”

Tidak boleh disangkal, masyarakat kita memang kreatif bila bab edit “mengedit” ini.

Elok saja lenggok nyanyian tu walaupun bab menari memang ke laut🤣

Jangan sampai buang tebiat ya netizen.

Steadylah Tok Ayah!

“…Ada juga yang mengubah ucapan saya menjadi lagu. Saya harap ini bukanlah kejadian pelik,atau buang tabiat kata…

Dikirim oleh Saiful Abdillah Razak pada Senin, 06 April 2020

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments