Saturday, November 21, 2026
HomeBERITAPesan beli vape dan rokok! Segelintir pelanggan salah guna perkhidmatan “food delivery”

Pesan beli vape dan rokok! Segelintir pelanggan salah guna perkhidmatan “food delivery”

Perkhidmatan penghantaran makanan atau ‘food delivery’ sangat popular pada masa kini.

Tambahan pula dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), ini merupakan cara paling mudah untuk mendapatkan bekalan makanan tanpa perlu keluar rumah.

Penghargaan yang tinggi kepada penghantar makanan atau ‘food rider’ yang berjasa sepanjang tempoh PKP ini.

Mereka sanggup meredah panas dan hujan ,siang dan malam, demi membawa serta memastikan makanan tiba dengan selamat ke kediaman anda.

Tidak boleh dinafikan, mereka sebenarnya turut terdedah dengan jangkitan virus COVID-19.

Namun demi amanah dan duit poket, mereka gagahi juga.

Malangnya, perkhidmatan baik ini telah disalahguna oleh sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab apabila memesan membawa produk terlarang!

Antara barangan yang dikenalpasti ialah rokok dan vape.

Memesan produk berkenaan adalah salah dan sangat mementingkan diri sendiri!

Tabiat buruk ini sangat serius kerana ia melibatkan intergriti dan kepercayaan pihak berkuasa kepada tugas penghantar makanan.

Hanya kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.

Hentikan menyalahguna perkhidmatan food delivery untuk menghantar barangan terlarang kepada pengguna.

Jangan sampai anda tertangkap dan menyusahkan banyak pihak pula!

Penghantar makanan merupakan antara individu yang berjasa sepanjang tempoh PKP ini.Mereka sanggup meredah panas dan…

Dikirim oleh Public Health Malaysia pada Senin, 06 April 2020

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments