Saturday, November 21, 2026
HomeBERITAUAE tawar pekerjaan kepada rakyat Malaysia - Saravanan

UAE tawar pekerjaan kepada rakyat Malaysia – Saravanan

Ini pula berita baik buat individu yang berhasrat untuk bekerja di UAE.

Kerajaan Emiriah Arab Bersatu (UAE) menawarkan peluang pekerjaan bagi rakyat Malaysia di negara berkenaan melalui perjanjian bilateral bagi golongan profesional dan pekerja berkemahiran tinggi.

Menurut Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M. Saravanan, perkara itu antara dibincangkan bersama rakan sejawatnya, Dr. Abdulrahman Abdulmannan Al Awar di Dubai, petang semalam.

Sehingga kini, terdapat lebih 6,000 rakyat Malaysia yang bekerja di UAE  terutamanya dalam sektor petroleum dan kesihatan.

“Dalam pertemuan itu juga, kedua-dua pihak berkongsi pendapat tentang isu-isu berkaitan dengan aspek perburuhan dan  pengurusan sumber manusia.

“Ini termasuklah pengurusan pekerja asing,  sistem pembayaran gaji yang lebih sistematik, serta pembangunan kemahiran dan sumber manusia,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Saravanan berkata, pihak UAE juga berkongsi mengenai kaedah sistem pembayaran gaji yang dilaksanakan di negara berkenaan yang dilihat  sebagai sebuah sistemberkesan serta melindungi kepentingan pekerja  asing.

Katanya, pelaksanaan sistem pembayaran gaji yang sistematik itu kini sedang dikaji  pihak kementerian ini dalam usaha menambah baik pengurusan pekerja  asing di Malaysia.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments