6,210 kes Covid-19 hari ini

0

Sebanyak 6,210 kes baharu Covid-19 dilaporkan hari ini.

Angkat itu sedikit meningkat berbanding empat hari sebelum ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata ia menjadikan jumlah keseluruhan kes akibat virus itu di negara ini adalah sebanyak 2,413,592 kes.

Tan Sri Dr Noor Hisham berkata, sebanyak 145,258 saringan COVID-19 dilakukan ke atas individu, dengan kadar positif adalah 4.28 peratus.

“Maklumat terperinci akan dimuat naik ke laman COVIDNOW dan data setiap hari bagi laman itu adalah dikemas kini sekali gus, selepas tengah malam,” katanya melalui ciapan Twitter, hari ini.–THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply