Tuesday, July 16, 2024
HomeBERITAUAE sumbang bantuan peralatan perubatan kepada Malaysia

UAE sumbang bantuan peralatan perubatan kepada Malaysia

Kerajaan Emiriah Arab Bersatu (UAE) telah menghulurkan bantuan peralatan perubatan kepada Malaysia untuk kegunaan petugas barisan hadapan (frontliners).

Pada perkongsian Menteri Luar Negeri, Dato’ Seri Hishamuddin Husein di laman Facebook miliknya,  beliau berkata peralatan perubatan ini akan diserahkan kepada Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) untuk diagihkan kepada pihak yang memerlukan khususnya ‘frontliners’.

“Saya juga bersyukur kerana susulan perbualan telefon saya dengan Menteri Luar Negeri UAE, Sheikh Abdullah bin Zayed Al-Nahyan tempoh hari – selain bantuan peralatan perubatan yang kita terima hari ini, UAE dan Malaysia turut bekerjasama rapat dengan berkongsi maklumat, kepakaran serta strategi untuk memerangi #COVID19.

“Perkongsian ini termasuklah melalui video conference yang diadakan setiap hari melibatkan Taskforce Covid-19 Wisma Putra dengan kepimpinan tertinggi Kerajaan UAE. Besar harapan saya, semoga kerjasama erat ini berupaya membantu kedua-dua negara menangani krisis ini dengan sebaik mungkin, insyaAllah,” tulis beliau.

Saya amat berterima kasih kepada Kerajaan Emiriah Arab Bersatu (UAE) 🇦🇪 yang menghulurkan bantuan peralatan perubatan…

Dikirim oleh Hishammuddin Hussein pada Senin, 30 Maret 2020

– THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments