Sunday, June 16, 2024
HomeBERITACOVID-19 : 91 pulih, 156 kes baharu, 3 kematian direkodkan hari ini

COVID-19 : 91 pulih, 156 kes baharu, 3 kematian direkodkan hari ini

Berhubung perkembangan terkini COVID-19, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah memberitahu 91 kes telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini (30 Mac).

Ini menjadikan kes kumulatif pulih dan discaj daripada wad adalah sejumlah 479.

Manakala 156 kes baharu telah direkodkan, menjadikan kes positif COVID-19 di Malaysia meningkat kepada 2,626 kes.

Kira-kira 94 kes positif COVID-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi dan 62 kes daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

Terdapat tiga kes kematian baharu dilaporkan pada hari ini.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes kematian dalam negara adalah sebanyak 37.

– THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

SourceKKM
RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments