Thursday, July 11, 2024
HomePOLITIK"Tun M minta kami cari jalan tinggalkan PH" - Hamzah Zainuddin

“Tun M minta kami cari jalan tinggalkan PH” – Hamzah Zainuddin

Kemerlut politik dalaman BERSATU semakin memuncak apabila Setiausaha Agung Bersatu Dato’ Seri Hamzah Zainuddin yang memihak kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin, mendakwa bahawa bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad telah berulang kali meminta pemimpin parti itu supaya mencari jalan meninggalkan Pakatan Harapan (PH).

“…nak cari jalan bagaimana untuk Bersatu keluar dari PH. Ini permintaan (Dr Mahathir) dan saya kata okay kita sama-samalah.

“The rest is history bila Tun letak jawatan,” kata Dato’ Seri Hamzah yang disertai oleh pemimpin Bersatu yang menyokong Tan Sri Muhyiddin.

Katanya permintaan Tun Dr. Mahathir itu disampaikan kepada pemimpin parti termasuk Dato’ Seri Mukhriz, Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin dan Menteri Besar Perak Dato’ Seri Ahmad Faizal Azumu, dalam pertemuan yang diadakan di rumahnya.

Dan kepada satu soalan pemberita mengenai dakwaan bahawa dirinya mendalangi komplot untuk memecah belahkan parti BERSATU.

Ini pula komen beliau.

“Apa yang saya lakukan bukan untuk pecah-belahkan parti tapi untuk menentukan apa yang Tun (Dr Mahathir) sendiri mahu.

“Dan Tun mahu supaya kalau boleh pemimpin-pemimpin Melayu Bersatu kembali. Itu saya lakukan.

“…ada beberapa perkara dia minta saya lakukan,” kata Hamzah pada sidang media semalam.

Tambah Dato’ Seri Hamzah, beliau keluar dari Umno untuk menyertai Bersatu atas jemputan Mahathir dan sentiasa membuat tugas atas arahan bekas perdana menteri itu.

“Tujuan Tun (Mahathir) ketika itu adalah untuk memperkukuhkan Bersatu dan saya bersetuju. Rakan-rakan saya juga bersetuju.

“Tun minta saya bukan sahaja untuk kukuhkan Bersatu tapi kurangkan keyakinan rakyat terhadap DAP,” kata Menteri Dalam Negeri itu yang pernah memegang jawatan timbalan menteri ketika zaman BN. –THE MALAYA POST

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments