Thursday, June 20, 2024
HomeBERITABelasah adik terduduk atas tudung yang telah digosok, ragam Syatilla Melvin bikin...

Belasah adik terduduk atas tudung yang telah digosok, ragam Syatilla Melvin bikin ramai terhibur

Seakan benar kata-kata, tudung wanita umpama periuk api!

Apabila seorang wanita telah menggosok tudungnya dan diletakkan disatu tempat sebelum dipakai, sila pastikan ada ‘penjarakan sosial’ antara anda dengan tudung berkenaan.

Jika anda tersentuh, apatah lagi tanpa sengaja terjatuhkan tudung, bersedialah untuk mendengar suara halilintar! 😡💆🏻‍♂️

Menerusi perkongsian video di laman media sosial Instagram milik @samtilla, pelakon dan ibu kepada dua anak comel ini ‘menyerang’ dan ‘membelasah’ adiknya hanya kerana terduduk di atas tudung yang telah digosoknya!

Macam terlalu besar pula dosa yang dilakukan berbanding dengan tindakan yang dikenakan 😂

Nasib badanlah!
Lain kali buka mata luas-luas ye dik!

Ternyata perkongsian Syatilla Melvin itu ada benarnya dan tidak dapat disangkal.
Awas, jangan cuba mendekati tudung yang telah digosok ya.

– THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments