Seorang tukang masak maut dipatuk seekor ular tedung yang sudah dipotong kepalanya.
Kejadian berlaku semasa dia hendak membuang kepala binatang itu ke dalam tong sampah.
Lapor Daily Star, mangsa, Peng Fan dari Foshan berada di bahagian dapur restoran ketika sedang menyiapkan hidangan sup ular yang amat terkenal di bahagian selatan China.
Lapor media, seorang pelanggan restoran, Lin Sun, 44, memberitahu, berlaku kekecohan semasa dia sedang menikmati hidangan dalam restoran semasa menyambut ulang tahun kelahiran isterinya.
“Kami tidak mengetahui apa yang berlaku tetapi terdengar jeritan dari arah dapur.
“Pekerja lain terus membuat panggilan kecemasan, namun, lelaki itu disahkan mati semasa pasukan perubatan tiba,” jelasnya.
Racun yang disemburkan oleh ular tedung boleh membawa maut dalam tempoh 30 minit kerana mengandungi neurotoksin dan menyebabkan mangsa menjadi lumpuh.
Pakar menjelaskan reptilia itu masih boleh bergerak selama satu jam walaupun sudah dibunuh.
*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.
htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply