Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Abdulaziz di Kuantan, Pahang.
Sesi menghadap dipercayai bagi mempersembahkan cadangan senarai Kabinet kepada Seri Paduka Al-Sultan Abdullah.

Kenderaan membawa Datuk Seri Ismail Sabri tiba di Istana Abdulaziz dengan diiringi tiga kenderaan lain dan kawalan polis trafik.
Datuk Seri Ismail Sabri sempat membuka tingkap kereta dan melambai kepada petugas media yang membanjiri perkarangan luar istana sejak 9 pagi tadi.
Perdana Menteri dipercayai mempersembahkan cadangan senarai itu untuk mendapat perkenan Al-Sultan Abdullah sebelum diumumkan, yang dijangka pada petang ini.–THE MALAYA POST
PM persembah senarai Kabinet pada Al-Sultan Abdullah hari ini
*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.
htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply