Saturday, July 13, 2024
HomeBERITATransformasi Marshanda yang semakin seksi kecewakan para peminatnya

Transformasi Marshanda yang semakin seksi kecewakan para peminatnya

Pelakon dan penyanyi Indonesia, Andriani Marshanda pelakon kelahiran Indonesia suatu ketika dahulu cukup dikenali dengan watak seorang muslimah yang solehah.

Antara sinetron yang pernah dilakonkan ialah berjudul Aqso dan Madina.

Dalam sinetron itu dia digandingkan dengan pelakon Dude Harlino.

Sinetron yang berjumlah 132 episod itu ditayangkan di RCTI pada 15 Ogos 2008.

Penampilannya yang berhijab dan menutup aurat serta sifat bersopan santun menarik minat ramai untuk menonton.

Namun baru-baru ini, entri Marshanda di laman Facebook telah membuatkan para netizen dan peminat kecewa terhadap dirinya.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10156910845043335&substory_index=0&id=15867768334&sfnsn=mo

Pelakon itu memuatnaik foto dirinya yang cukup seksi sehingga memperlihatkan sebahagian dadanya.

Foto Marshanda tidak memakai pakaian dalam wanita mengundang pelbagai reaksi warganet.

Sejak bergelar janda pelakon itu kelihatan cukup selesa menikmati status ‘single’nya.

Untuk rekod Marshanda mendirikan rumah tangga dengan Ben Kasyafani pada 2 April 2011 dan telah berpisah pada tahun 2014.

Hasil perkahwinan selama tiga tahun itu, pasangan ini dikurniakan seorang anak perempuan, Sienna Ameerah Kasyafani yang kini berusia enam tahun.

Marshanda mengejutkan para peminatnya apabila mengambil keputusan untuk tidak lagi berhijab selepas bercerai dengan suaminya.

Difahamkan, dia mengambil tindakan itu kerana dia dikatakan mengakui tidak sesuai dengan dirinya dan ingin berasa bebas selepas bercerai.

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments