Tok Pa mohon maaf akui langgar SOP, sedia berdepan tindakan

0

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed memohon maaf atas pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) ketika mengunjungi sebuah kafe di Kalai, Jeli, semalam.

Menurut satu kenyataan dari Pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mustapa yang juga Ahli Parlimen Jeli turut menyerahkan sepenuhnya kepada polis untuk mengambil tindakan sewajarnya.

“Mustapa mengaku berada dan dihidangkan makanan di Alfath Cafe, Kampung Kalai, Jeli semalam.

“Berikutan tersebar gambar kehadirannya di kafe itu, Ketua Polis Daerah Jeli menghubunginya tengah hari tadi memaklumkan kertas siasatan sudah dibuka mengenai perkara ini,” kata kenyataan itu.

Memetik kenyataan itu, Datuk Seri Mustapa mengunjungi kafe berkenaan untuk melihat bagaimana seorang pemilik kafe berjaya meneruskan perniagaannya ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 sekarang.

“Anak muda berusia 26 tahun ini menggunakan sepenuhnya sosial media untuk memasarkan menu yang berasaskan makanan barat,” katanya.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply