Juara EURO 2016, Portugal tewas ditangan Belgium, 0-1

0

Pertarungan sengit antara Portugal dan Belgium awal pagi tadi menyaksikan juara EURO 2016 ini akhirnya tewas ditangan lawan, 0-1.

Ia bermula apabila sepakan kencang Thorgen Hazard pada lewat babak pertama itu berjaya membolosi gawang Portugal.

Dengan kemenangan itu, Belgium berjaya menempah tiket ke suku akhir bertemu Itali.

Walapun aksi juara bertahan Portugal lebih baik pada babak kedua, namun nasib tidak menyebelahi Portugal pada perlawanan ini.

Cubaan Raphael Guerreiro terkena tiang manakala  Diogo Jota pula gagal menyempurnakan dua peluang keemasan.

Yang pasti laluan sukar menanti Belgium selepas ini apabila dua pemain Belgium iaitu Kevin De Bruyne dan Eden Hazard dilaporkan cedera. –THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

 

Leave a Reply