Sunday, May 19, 2024
HomeBERITA Suspek bunuh ibu bapa sendiri berjaya dicekup

[TMP TV] Suspek bunuh ibu bapa sendiri berjaya dicekup

Polis Kuala Lumpur telah menahan seorang lelaki berusia 40 an sebentar tadi selepas disyaki membunuh kedua ibu bapanya sendiri petang tadi.

The Malaya Post difahamkan lelaki dikenali sebagai Fendi ini dicekup jam 11 malam ini oleh sepasukan polis.

Media melaporkan pasangan suami isteri warga emas ditemui mati dipercayai dibunuh oleh anak sendiri di Kampung Sungai Penchala, di sini, hari ini.

Difahamkan lelaki berusia lingkungan 40-an itu membunuh ibu bapanya sekitar pukul 7 petang tadi.

Anak ketiga daripada empat adik beradik itu juga dipercayai baru sahaja diikat jamin oleh bapanya atas kesalahan jenayah minggu ini.

Bagaimanapun, sebaik pasukan polis tiba di lokasi kejadian, kedua mangsa disahkan sudah meninggal dunia.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid mengesahkan kejadian pembunuhan membabitkan ibu dan bapa.

Suspek adalah anak kepada mangsa dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.–THE MALAYA POST

*Subscribe Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments