Monday, May 13, 2024
HomeBERITAKes bunuh Zayn Rayyan: Polis ambil sampel DNA 228 individu

Kes bunuh Zayn Rayyan: Polis ambil sampel DNA 228 individu

Seramai 228 individu telah diambil ujian asid deoksiribonukleik (DNA) bagi membantu siasatan berhubung kes pembunuhan kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan Abdul Matiin.

Ujian DNA itu membabitkan pemeriksaan unit rumah dan premis perniagaan di Apartment Idaman, Damansara Damai.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, pemeriksaan dijalankan melibatkan 18 blok yang menempatkan 2,484 unit rumah.

“Jumlah keseluruhan penduduk yang diperiksa adalah seramai 5,628 orang manakala setakat ini, ujian DNA yang telah diambil melibatkan 228 individu.

“Siasatan dijalankan oleh seramai 278 pegawai dan anggota termasuk Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor dan Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya dan turut dibantu beberapa IPD lain,” katanya kepada media.

Tambahnya, kesemua sampel DNA itu diambil melibatkan sebahagian penduduk di seluruh blok kawasan Apartment Idaman yang berkeluasan 22.75 ekar.

“Pengambilan DNA akan diteruskan lagi bagi memastikan siasatan berjalan dengan lancar.

“Keadaan cuaca yang hujan secara langsung memperlahankan operasi pencarian bukti yang dijalankan pihak polis,” ujarnya.

Katanya, pihaknya telah merakam keterangan melibatkan 20 individu termasuk ibu bapa serta individu yang menjumpai mayat mangsa pada malam Rabu lalu.

The Malaya Post melaporkan mayat Zayn Rayyan ditemui di anak sungai kira-kira 200 meter dari Apartmen Idaman, Damansara Damai pada Rabu.

Mangsa dipercayai dibunuh susulan hasil bedah siasat yang mengesan kecederaan pada leher dan tubuh mangsa.–THE MALAYA POST.

*Subscribe Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments