Thursday, July 11, 2024
HomeBERITATips penjagaan kesihatan mental

Tips penjagaan kesihatan mental

Berada di rumah sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bukan sahaja perlu menjaga kesihatan fizikal malah perlu diselaraskan dengan penjagaan mental.

Bagi mengelak emosi terganggu atau mengalami stres ketika tempoh PKP, Majlis Keselamatan Negara (MKN) menyarankan beberapa tips penjagaan kesihatan minda yang boleh anda praktikkan ketika berada di rumah.

Yang pertama, elak duduk bersendirian dan kongsi atau luahkan perasaan, masalah yang anda alami dengan seseorang individu yang boleh dipercayai.

Kedua, ketika ini penting untuk kita saling menjaga tutur kata serta memberikan kata-kata positif kepada diri sendiri, ahli keluarga dan juga rakan-rakan agar diri tidak berasa “down”.

Seterusnya, saling berhubung serta berinteraksi dengan orang tersayang dan juga kenalan bagi mengeratkan lagi silaturahim yang terjalin.

Dikesempatan ini juga sentiasalah mendekatkan diri kepada Sang Pencipta agar diri lebih tenang mengikut ibadat dan kepercayaan masing-masing.

Selain itu, perbanyakkan aktiviti fizikal di rumah agar lebih cerdas serta mengamalkan teknik relaksasi dan makan makanan yang sihat.

Ayuh, sama-sama kita putuskan rantaian wabak jangkitan COVID-19 ini dengan mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang telah dikeluarkan.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2359365494166343&id=1452870318149203

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments