Tuesday, July 16, 2024
HomeBERITATimbalan Menteri Kesihatan I sumbang bantuan peralatan perubatan di hospital dan klinik...

Timbalan Menteri Kesihatan I sumbang bantuan peralatan perubatan di hospital dan klinik kesihatan sekitar Perak

Timbalan Menteri Kesihatan I (TMK I), Dato’ Dr. Noor Azmi Ghazali menyampaikan sumbangan peralatan perubatan antaranya topeng muka, peralatan perlindungan diri (PPE) dan medical goggles untuk beberapa hospital dan klinik sebelum meneruskan lawatan kerja ke Hospital Kuala Kangsar (HKK) serta Klinik Kesihatan Lenggong (KKL).

Antara hospital dan klinik yang menerima sumbangan tersebut merupakan Hospital Parit Buntar (HPB), Klinik Kesihatan Jalan Baru (KKJB), Klinik Kesihatan Kuala Kurau (KKKK), Klinik Kesihatan Kuala Gula (KKKG).

Memetik perkongsian dari laman Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia, TMK I telah menyerahkan 100 set topeng muka dan 100 set peralatan perlindungan diri (PPE) kepada Pengarah Hospital Parit Buntar, Dr Che Sarifah bt Sulieman.

Seterusnya beliau turut menyampaikan sumbangan di KKJB sebanyak 20 set PPE yang diterima oleh Pegawai Perubatan KKJB, Dr Faiz Abdul Halim.

Manakala 20 set PPE, topeng muka dan medical goggles kepada Dr Norita Yasmin bt. Asrani @ Sha’arani iaitu Pakar Kesihatan Keluarga di KKKK dan 20 set PPE, 250 set topeng muka dan 20 set medical goggles telah disampaikan kepada Pegawai Perubatan KKKG, Dr Mohammad Azmi Abdullah.

Parit Buntar 17 April 2020 -Timbalan Menteri Kesihatan I (TMK I), Datuk Dr. Noor Azmi Ghazali telah menyampaikan…

Dikirim oleh KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA pada Jumat, 17 April 2020

Pada sebelah petang, TMK I telah mengadakan lawatan ke HKK dan ketibaan beliau disambut oleh Pengarah HKK, Dr. Isma Farred Ishak di Bangunan Asrama, HKK.

Beliau kemudiannya diberikan taklimat ringkas berkaitan dengan pengurusan dan tindakan pencegahan COVID-19 oleh
Dr. Isma Farred Ishak Bilik Mesyuarat, HKK dan beliau turut dibawa melawat pusat saringan COVID-19 di HKK disamping menyampaikan sumbangan PPE, medical goggles dan topeng muka sebanyak 100 set.

Turut hadir, Timbalan Menteri di JPM (Tugas-Tugas Khas) yang juga Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datin Mastura Mohd Yazid, dan Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO), Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Masyarakat Sivil dan NGO yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gunung Semanggol, Perak, Razman Zakaria.

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments