Tips penjagaan Batik Sutera

0

Bercerita tentang batik, pasti perkara pertama yang terlintas di fikiran ialah keunikan dan kecantikan lakaran seni lukis tangan di atas fabriknya.

Terbayang kelembutan fabrik sutera satin, crepe dan cotton viscose yang sangat selesa digayakan.

Pun begitu, masih ada yang menganggap cara penjagaan sutera lebih complicated dan ‘mahal’.

Sebenarnya, tidak susah menjaga batik ni, selagi kita tahu do & don’t ke atas materialnya.

Di sini kami titipkan tips penjagaan batik lukis tangan buat tatapan anda ya!

1. Cara cucian.

Dry cleaning / cucian kering merupakan cara terbaik dan paling selamat. Pun begitu, kita boleh saja mencuci tangan dengan menggunakan sabun khas mencuci batik atau bahan pencuci lembut (soft detergent). Setakat membersihkan peluh dan sedikit kotoran, memadailah mencuci tangan dengan lembut tanpa berus atau menyental. Takkanlah kita ke bendang dengan memakai batik lukis tangan kan ????

Tahukah anda, penggunaan pelembut kain adalah tidak dibenarkan sama sekali. Ini kerana ia akan mengembangkan benang sutera dan kain akan mudah memeri.

Merendam batik juga tidak digalakkan. Paling lama 30 minit, atau terus saja dengan aktiviti mencuci tanpa perlu menunggu terlalu lama.

Tips : Pada cucian pertama atau kedua, mesti lah dibasuh tangan dan asingkan dari kain lain. Dikhuatiri warna kain akan turun dan terkena pada baju lain semasa cucian awal.

2. Cara pengeringan.

Usai dicuci tangan, usahlah memintal batik yang basah bagi tujuan membuang air. Jika diperlakukan begitu, batik akan berkedut dan merosakkan urat benang sutera itu.

Menjemur batik di bawah terik cahaya matahari bukanlah idea yang baik. Ia akan memudarkan warna batik itu. Seeloknya jemur di tempat yang teduh dengan menggunakan penyangkut. Biarkan air lebihan menitik di jemuran.

3. Cara menggosok batik.

Gosok batik pada suhu yang bersesuaian. Pilih ‘silk’ pada seterika. Seeloknya gosok sebelum fabrik betul betul kering atau 80% kering.

Sembur sedikit air atau semburan khas jika fabrik terlalu kering. Elok letakkan satu alas kain di atas batik sebelum di gosok.

4. Cara penyimpanan.

Melipat batik boleh merosakkan benang sutera. Jika perlu juga melipat untuk travel, segeralah keluarkan dan sangkut batik tersebut apabila tiba di destinasi.

Simpan dengan menggunakan penyangkut jauh dari terik sinaran matahari.

5. Tips.

Tahukah anda, fabrik sutera tidak boleh bersentuh dengan spirit atau alkohol. Ini bermakna anda perlu mengelak dari menyembur minyak wangi terus ke pakaian anda.

Nah, sekarang kita dah tahu sedikit sebanyak cara penjagaan batik. Jadi, jangan ragu-ragu untuk mula mengumpul koleksi batik. Warisan tradisi negara kita ini wajar dipelihara agar anak cucu kita nanti tetap mengenali dan tahu menghargai khazanah tanah air tercinta.

-Sayangi & hargai batik-

–THE MALAYA POST

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel
Untuk perkembangan berita dan isu semasa
tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply