Monday, October 21, 2024
HomeBERITATips kuruskan badan tanpa perlu berlapar

Tips kuruskan badan tanpa perlu berlapar

Sudah hampir sebulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.

Dalam tempoh itu, sudahkah anda menimbang berat badan?

Pasti ada yang takut melihat penimbang berat badan. Maklumlah, sejak ‘bercuti’ ni, asyik berasap saja dapur tu 😅.

Jangan risau dan runsing, Bahagian Pemakanan, Kementerian Kesihatan Malaysia menerusi laman sosial Facebook @KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA ada berkongsi tujuh rahsia kurus tanpa perlu berlapar.

1. Ketika mengisi makanan di dalam pinggan, pastikan separuh daripadanya adalah buah-buahan dan sayur-sayuran.

2. Pilih makanan yang tinggi serat. Contohnya ialah bijirin, oat, kekacang dan sayur sayuran.

3. Mulakan santapan anda dengan ‘appetiser’ sihat. Buah dan salad adalah pilihan tepat. Sup sayur juga bagus.

4. Sumber protein wajib ada setiap kali waktu makan utama. Antara makanan yang mengandungi zat ini ialah ikan, ayam dan telur.

5. Pilih pinggan lebih kecil untuk mengisi makanan. Jadi, secara psikologinya, anda akan berasa pinggan anda sudah penuh.

6. Kunyah dengan perlahan. Ini bukan sahaja memudahkan penghadaman, malah anda akan berasa kenyang walaupun makanan belum dihabiskan. Ironinya, kita akan makan dengan cepat apabila lapar, dan jumlahnya menjadi banyak.

7. Mulakan dengan minum air kosong sebelum makan dan di antara waktu makan.

Jadi, janganlah anda berasa bersalah kerana asyik makan semasa dalam tempoh PKP ini.

Pemilihan makanan sihat dan pengambilan sederhana bukan saja memberi tenaga dan nutrisi yang diperlukan oleh badan, malah akan menjamin berat badan yang ideal.

Semoga berjaya!

#stayHealthy
#staySafe
#StayAtHome

Tujuh rahsia kuruskan badan tanpa perlu berlapar. Dapatkan tip pemakanan sihat daripada Bahagian Pemakanan, Kementerian Kesihatan Malaysia #StayHome #HealthyAtHome #COVID19Malaysia

Dikirim oleh KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA pada Senin, 13 April 2020

– THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments