Sunday, May 19, 2024
HomeBERITAAwas, taktik jahat “scammer”

Awas, taktik jahat “scammer”

Masyarakat dinasihatkan agar berhati-hati dengan pelbagai cara penipuan oleh individu yang tidak bertanggungjawab atau “scammer”.

Terbaharu, sindiket penipuan ini
menggunakan taktik jahat dengan memperkenalkan diri sebagai pegawai polis, pegawai bank, pengawal mahkamah atau anggota beruniform demi menimbulkan rasa takut pada sasaran atau mangsa mereka.

Tidak kurang juga yang menghantar mesej di aplikasi WhatsApp dan memerlukan mangsa memberi maklumat peribadi sebagai contohnya meminta nombor Transaction Authorization Code (TAC) dengan pelbagai alasan.

HATI-HATI Penipuan cara terbaharu melalui whatsapp, web dan aplikasi palsu. Namun ia masih memerlukan anda sendiri…

Dikirim oleh Majlis Keselamatan Negara pada Senin, 13 April 2020

Mereka juga akan meminta maklumat kewangan seperti nombor akaun bank, PIN dan juga TAC.

Namun orang ramai diingatkan supaya jangan melayan sebarang e-mel atau panggilan daripada pihak yang tidak dikenali dan JANGAN SESEKALI mendedahkan maklumat akaun, nombor PIN dan mahupun nombor TAC.

Bagi langkah berjaga-jaga, orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa mendapatkan maklumat daripada institusi kewangan atay mengesahkan sebarang maklumat yang diterima melalui sumber yang sah dengan melayari laman web atau platform media sosial rasmi.

Ingat, jangan sampai menjadi mangsa si penipu!

–THE MALAYA POST

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments