Tuesday, June 11, 2024
HomeBERITATips elak makan lewat malam

Tips elak makan lewat malam

Tabiat makan lewat malam tidak akan membantu usaha untuk mendapatkan berat badan yang ideal.

Jadi elakkan makan lewat malam, makan secara berlebihan atau tidak bersarapan.

Mulakan pagi anda dengan menyediakan makanan sihat yang boleh anda makan ketika mengejar masa seperti buah epal, yogurt, roti bijirin (Wholemeal), oat atau susu segar.

Makan dengan kuantiti yang mencukupi dan berkhasiat serta nikmatilah makanan anda dengan perlahan-lahan.

Ajar diri berfikir bahawa “dapur telah ditutup pada waktu malam” dan gosok gigi lebih awal.

Psikologi mengatakan, keinginan untuk makan lewat malam akan berkurang setelah gigi sudah dibersihkan.

Makan sebelum tidur boleh memberi impak besar kepada penambahan berat badan, Justeru itu, hentikan kelaziman tabiat buruk gaya pemakanan ini bagi mencegah obesiti dan mengekalkan berat badan seimbang.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

SourceKKM
RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments