Bakun Hydro Power Generation Sdn Bhd (BHPG) memaklumkan akan melaksanakan pelepasan air secara terkawal dari takungan air Empangan Bakun melalui struktur limpahan air (Spillway) Isnin ini, 9 Mac.
Jangka masa pelepasan air empangan ini akan berjalan selama tiga minggu bermula jam 10.00 pagi.

Kadar pelepasan air dilakukan adalah bagi menggurangkan impak kepada kawasan hiliran dan operasi ini akan dihentikan sesudah paras air turun ke paras normal.
Berkemungkinan Bandar Sibu dan sekitar kawasan tersebut akan mengalami air pasang besar berikutan air empangan bakun terus mengalir disepanjang Sungai Rejang.
Diharap penduduk sekitar kawasan dinasihatkan bersiap sedia dan berwaspada terhadap paras air yang naik serta arus deras semasa aktiviti pelepasan air tersebut.
*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

Leave a Reply