Monday, July 15, 2024
HomeBERITATindakan tegas termasuk pemecatan jawatan terhadap pencetus kekecohan di Kongres Angkatan Keadilan...

Tindakan tegas termasuk pemecatan jawatan terhadap pencetus kekecohan di Kongres Angkatan Keadilan Muda (AMK) 2019

Tindakan tegas akan diambil termasuk pemecatan jawatan akan dilakukan terhadap pencetus kekecohan di Kongres Angkatan Keadilan Muda (AMK) 2019 oleh ahli lembaga disiplin, parti PKR.

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perlakuan biadab itu tidak boleh dibiarkan tanpa tindakan tegas dan kerjasama pihak polis untuk menyiasat dan mengambil tindakan sewajarnya

Insiden berlaku kira-kira jam 12 tengah hari itu apabila sekumpulan perwakilan AMK tidak puas hati kerana tidak dibenarkan masuk ke dewan walaupun mendakwa mempunyai pas.

Mereka juga tidak berpuas hati kerana mendakwa kumpulan ‘pemerhati’, dipercayai berusia bawah 20 tahun, dibenarkan masuk walaupun tidak memiliki pas.

Kekecohan telah berlaku pada persidangan Kongres Angkatan Muda Keadilan (AMK), apabila beberapa perwakilan sayap itu dan anggota parti saling bertumbuk.

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments