Saturday, July 27, 2024
HomeBERITAPerkongsian telatah remaja membersih surau mendapat pujian pelayar Twitter

Perkongsian telatah remaja membersih surau mendapat pujian pelayar Twitter

Melentur buluh biarlah dari rebungnya.
Sesuatu yang membanggakan apabila ibu-bapa berjaya mendidik anak-anak yang rajin melakukan kerja-kerja amal.

Perkongsian Adhanazrx di laman Twitter miliknya, menurutnya dia bertemu beberapa orang kanak-kanak ini ketika mereka sedang mencuci dan membersih surau.

“I met random kid kt surau baiduri, dia and the gang tengah cuci surau sebab bosan cuti sekolah.” tulis Azhan.

Menurut Azhan, remaja berkenaan mula membersihkan surau Al Mukhlisin, Taman Desa Baiduri Cheras bermula jam 7.30 pagi.

Kemudian Azhan membawa mereka minum disamping mendengar remaja terbabit bercerita pengalaman masing-masing.

Menurut Azhan, remaja terbabit turut menggantikan Imam dan Bilal ketika solat fardhu di surau berkenaan.

Di ruangan komen Azhan sempat berkongsi video yang memaparkan salah seorang dari remaja terbabit mengalunkan azan dengan penuh tertib dan lunak.

Namun yang lebih menyentuh hati Azhan apabila dia bertanya soalan mengenai cita-cita dan kanak kanak itu menjawab ingin menjadi Bilal di masjid negeri.

Pelayar Twitter berasa terharu dengan sikap remaja berkenaan.

Di ruangan komen pula, seorang warga Twitter mengucapkan terima kasih bersama gambar remaja berkenaan, dan menurutnya kedua-dua remaja itu bernama Aqil, berumur 12 tahun dan Fikri pula berumur 13 tahun.

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments