Saturday, June 22, 2024
HomeBERITATindakan tegas diambil terhadap penyebar berita palsu

Tindakan tegas diambil terhadap penyebar berita palsu

Sebanyak 184 kertas siasatan telah dibuka oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berkaitan penyebaran berita palsu.

Daripada jumlah terbabit, sebanyak 20 kes telah didakwa di mahkamah.

Pihak kerajaan akan mengambil tindakan tegas terhadap individu menyebar berita palsu.

Menteri Pertahanan, Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob berkata tiada sesiapa yang akan terlepas daripada undang-undang dan tindakan yang akan diambil oleh kerajaan.

“Jadi saya menyeru kepada rakyat bersama-sama kita menyelesaikan isu COVID-19 ini dan bukannya mencuba mengeruhkan keadaan dan menimbulkan suasana yang tidak tenang dikalangan rakyat,” ujar beliau.

BERITA PALSU : 184 KERTAS SIASATAN DIBUKAJangan sebarkan atau berkongsi berita palsu kerana ini hanya akan menimbulkan…

Dikirim oleh Majlis Keselamatan Negara pada Sabtu, 04 April 2020

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments