Saturday, July 13, 2024
HomeBERITATiket konsert terjual dalam masa tiga minit, kumpulan pop Filipina SB19 bakal...

Tiket konsert terjual dalam masa tiga minit, kumpulan pop Filipina SB19 bakal temui peminat di Manila

Kumpulan pop Filipina, SB19 bakal menemui peminat di Manila pada akhir bulan ini dan dilaporkan jualan tiket pada Sabtu lalu telah terjual sebanyak 3500 dalam masa 3 minit selepas jualan tiket bermula.

Menerusi laman rasmi Twitter @sb19official, mereka akan mengadakan konsert utama yang pertama pada 28 Disember 2019.

Kumpulan pop yang dianggotai oleh lima ahli itu terdiri daripada Sejun, Stell, Ken, Josh, dan Justin.

Terdahulu, SB19 memulakan kerjaya mereka pada Oktober 2018 menerusi single pertama berjudul “Tilaluha.”

Kumpulan ini mula popular dan dikenali ramai selepas video tarian untuk single kedua mereka “Go Up” menjadi viral di media sosial pada bulan September.

Pada 14 November, kumpulan tersebut memenangi anugerah pertama mereka sebagai Kumpulan Kegemaran Tahunan oleh edisi RAWR Awards.

Untuk info, SB19 menjadi sejarah sebagai kumpulan lelaki Filipina pertama memasuki carta penerbitan muzik Billboard’s Next Big Sound pada bulan November.

Selain itu, kumpulan ini turut memecahkan semua rekod dalam senarai Myx Daily Top Ten menduduki tangga pertama sepanjang masa bulan Disember.

Kumpulan pop ini juga menjadi senarai pertama bagi kategori personaliti lelaki Google di Filipina untuk tahun 2019.

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments