Sunday, May 26, 2024
HomeBERITAPaparan iklan aplikasi 'dating' atas talian, sugarBook, DBKL arah tarik balik

Paparan iklan aplikasi ‘dating’ atas talian, sugarBook, DBKL arah tarik balik

Apa sudah jadi?

Iklan ‘dating’ atas talian, SugarBook di paparkan dikhalayak umum. Di mana silapnya? Untuk rekod, prosedur pemasangan papan iklan, pihak syarikat perlu menyerahkan lakaran atau grafik iklan terlebih dahulu kepada DBKL untuk kelulusan. Itu fakta.

Dalam situasi ini nampaknya wujud isu terlepas pandang yang serius.

Pun begitu Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah mengarahkan paparan iklan aplikasi ‘dating’ atas talian, SugarBook, ditarik balik dengan segera.

Dalam satu kenyataan medianya, DBKL berkata, iklan LED aplikasi itu di papan iklan di Bangsar dan Bukit Kiara tidak pernah mendapat kelulusan pihaknya mahupun Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP).

“Hasil siasatan DBKL mendapati pelesen struktur iklan merupakan milik YWP yang melantik Tetuan Out Of Home sebagai operator.

“Kandungan iklan SugarBook yang dipaparkan pada struktur iklan LED tidak mendapat kelulusan dari DBKL dan YWP. Pihak operator LED itu telah dimaklumkan berkenaan kandungan iklan yang sensitif dengan norma masyarakat Malaysia dan perlu serta-merta mengeluarkan iklan itu dari paparan LED.

“DBKL telah mengeluarkan arahan kepada YWP dan Out Of Home untuk menarik balik segera paparan iklan tersebut di kedua-dua lokasi,” kata DBKL dalam kenyataan hari ini.

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments