Wednesday, May 29, 2024
HomeBERITATiga tahun ke udara untuk segmen petang Era, Fad Bocey akhiri tugas...

Tiga tahun ke udara untuk segmen petang Era, Fad Bocey akhiri tugas pada 15 November ini

Pelawak dan peserta Maharaja Lawak Mega 2019, Fad Bocey mengumumkan pengunduran sekaligus menamatkan kontrak kerjasamanya bersama sebuah rangkaian radio, ERA FM.

Mungkin ramai tidak perasan dan sedar, sudah tiga tahun rupanya Fad Bocey menjadi penyampai di stesen radio berkenaan untuk segmen petang Era bersama rakan penyampai Dyna Nadzir.

Dengan pengumuman itu maka tiada lagi celoteh dan lawak Fad akan kedengaran di corong radio apabila pelakon dan pelawak itu mengumumkan 15 November ini adalah tarikh terakhir dirinya bertugas sebagai penyampai radio di stesen radio terbabit.

Sepanjang tiga tahun berkecimpung dalam bidang penyampaian radio, sudah pasti banyak memori dan kenangan manis bersama rakan-rakan di konti termasuklah Dyna Nadzir, Johan, Radin, Nabil dan ramai lagi.

Luahan Fad atau nama penuhnya Muhammad Fadzlie Mohd Nizam di laman Instagramnya, dia memohon maaf kepada para pendengar sekiranya ada terkasar bahasa sepanjang ke udara selama tiga tahun ini.

Walaupun perkongsian itu membuatkan para peminatnya berasa sedih namun mereka tetap mendoakan agar Fad dan keluarga dimurahkan rezeki serta diberi peluang yang lebih baik dalam menonjolkan bakat dalam bidang lain pula.

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments