Wednesday, May 29, 2024
HomeBERITAUmum bakal berkahwin, khabar angin mengaitkan Dato’ Ziela Jalil bakal isteri...

Umum bakal berkahwin, khabar angin mengaitkan Dato’ Ziela Jalil bakal isteri Dato’ Seri Eizlan Yusof?

Baru-baru ini Dato’ Seri Shah Rezza mengadakan jamuan makan malam istimewa sempena sambutan hari lahir sahabat baik beliau bertempat di U-Thant Residence.

Foto : Instagram Dato’ Eizlan Yusof

Pada perkongsian di laman Instagram miliknya, Dato’ Seri Eizlan Yusof yang turut berada bersama menikmati makan malam istimewa berkenaan telah mengumumkan akan menamatkan zaman bujangnya tidak lama lagi.

Namun tidak menyatakan siapa suri hati yang bakal bergelar isterinya.

Nampaknya, setelah empat tahun menduda akhirnya pelakon tampan ini membuka pintu hatinya untuk berkahwin lagi.

Namun di sebalik perkongsian berita gembira itu ada desas-desus mengaitkan pelakon dan pemilik syarikat penerbitan drama Pena Creative Pictures, Dato’ Ziela Jalil adalah wanita istimewa yang menjadi pilihan hati Dato’ Seri Eizlan Yusof.

Sejauh mana kebenarannya ia masih belum dapat dipastikan.

Jika ia benar, sudah tentu perkhabaran ini menjadi berita gembira buat para peminat pelakon tersohor yang kini berusia 48 tahun.

Lagipun pasangan ini kelihatan sepadan bersama dan kedua-duanya pun masih ‘single’.

Untuk rekod Dato’ Seri Eizlan pernah berkahwin dengan Vie Shantie Khan pada 7 Julai 2007 namun berpisah pada 16 Februari 2015.

Sepanjang lapan tahun bersama, pasangan ini dikurniakan tiga orang anak antarnya Vie Zaara, Zareef Yusof dan Vie Zaalia.

 

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments