Saturday, June 22, 2024
HomeBERITATiga syarikat sumbang RM4 juta untuk Tabung COVID-19

Tiga syarikat sumbang RM4 juta untuk Tabung COVID-19

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin,  hari ini menerima sumbangan RM4 juta daripada tiga syarikat untuk Tabung COVID-19 di pejabatnya di Putrajaya.

Antara yang menyumbang adalah Telekom Malaysia Berhad, Sunway Berhad dan Ranhill Berhad.

Telekom Malaysia menerusi pengerusinya Rosli Man menyumbang RM2 juta.

Sunway pula yang diwakili Pengarah Urusan (Pembangunan Hartanah) bagi Malaysia dan Singapura yang juga Ahli Lembaga Pengarah, Sarena Cheah, manakala Ranhill  menerusi Presidennya, Datuk Seri Kamarudin Ambok, masing-masing menyumbang RM1 juta.

Dalam pada itu, Western Digital Malaysia yang diwakili Pengerusi Kumpulan Operasi (Malaysia),  Datuk (Dr.) Syed Hussain Aljunid pula menyumbangkan Peralatan Perlindungan Diri (PPE)  bernilai RM2 juta.

Ini menjadikan jumlah sumbangan wang terkumpul termasuk geran kerajaan adalah sebanyak RM22.66 juta.

Nilai sumbangan terkumpul barangan adalah berjumlah RM26.9 juta.

Sehingga semalam, sejumlah RM5.68 juta dana daripada Tabung Khas COVID-19 telah disalurkan kepada Yayasan Kebajikan Negara (YKN) bagi tujuan pembelian barangan keperluan harian untuk disumbangkan kepada mereka yang terjejas akibat wabak itu.

Sebanyak RM195,000 juga telah disalurkan atas nama Bayaran Ihsan Kematian kepada 39 waris mangsa jangkitan COVID-19, manakala pada masa yang sama Kerajaan sedang menghubungi waris kepada mangsa yang lain.

Bantuan Khas berjumlah RM13,400 pula sudah diserahkan kepada pekerja yang hilang sumber pendapatan atau tidak dibayar gaji dalam kalangan kontak COVID-19, menjadikan jumlah keseluruhan agihan wang sumbangan adalah sebanyak RM5.88 juta.

Tabung COVID-19 dilancarkan pada 11 Mac lepas sebagai usaha kerajaan membantu rakyat yang terjejas ekoran wabak itu.

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments